CONTOH SYARIKAT SDN BHD & LAIN-LAIN YANG ANDA BOLEH DAFTAR

Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan. Di Malaysia ada beberapa aktviti perniagaan boleh dijalankan contoh syarikat sdn bhd, syarikat awam, enterprise, perkongsian atau koperasi

Bagi memulakan perniagaan, pembaca mestilah mendaftar perniagaan di SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Antara fungsi SSM ialah mengawal selia perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama serta badan yang mengawalselia syarikat-syarikat di Semenanjung Malaysia supaya mengikut perundangan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif. Apa-apa yang berkaitan dengan perniagaan, perindustrian, koporat dan lain-lain adalah dibawah bidang kuasa SSM.

Syarikat sdn bhd, syarikat awam, enterprise, perkongsian dikawal selia oleh SSM dan Koperasi dikawal selia oleh suruhanjaya koperasi malaysia (SKM)

Daftar Sdn Bhd

5 CONTOH SYARIKAT DI MALAYSIA

Di Malaysia terdapat lima jenis perniagaan yang berlaku, pembaca perlu mengetahui dan memilih perniagaan tersebut berdasarkan posisi pembaca, kebolehan tersebut dilihat dari sudut kekuatan kewangan, kemahiran pembaca dan pengetahuan pembaca dalam menjalankan, membangun dan menanggung risiko perniagaan tersebut. Lima jenis perniagaan tersebut ialah :

  • Milikan tunggal/enterprise
  • Perkongsian
  • Koperasi
  • Sendirian Berhad/Sdn Bhd
  • Berhad/awam berhad

MILIKAN TUNGGAL ATAU ENTERPRISE

Perniagaan milikan tunggal atau enterprise merupakan perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Nama syarikat atau perniagaannya juga digunakan atas nama persendirian atau pemilik itu sendiri. Perniagaan ini didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tempoh masa untuk mendaftar perniagaan ini hanya 1 jam sahaja di kaunter SSM. Kebiasaannya modal yang digunakan oleh perniagaan ini adalah kecil, hampir sama konsepnya dengan melabur dalam pasaran saham dengan modal kecil.

Sumber modal pula yang diperoleh juga kecil daripada harta pemilik sendiri, pinjam daripada keluarga, rakan-rakan yang dipercayai dan juga bank yang menawarkan pinjaman mikro. Contoh perniagaan seperti kedai runcit, kedai kasut dan sebagainya.

PERKONGSIAN

Perniagaan perkongsian sama seperti milikan tunggal, cuma ia memiliki lebih 1 orang dan tidak lebih 20 orang pemilik. Perniagaan ini di bawah Akta Perkongsian 1961. modal yang diperoleh tidak besar kerana daripada ahli perkongsian atau pinjaman bank. Tempoh untuk mendaftar syarikat perkongsian selama 1 jam di kaunter ssm. Keuntungan syarikat dibahagi mengikut modal dan kerja dan persetujuan bersama ahli syarikat. Begitu juga dengan kerugian syarikat perlu dikongsi bersama. Contoh perniagaan perkongsian ialah firma perakaunan, firma guaman dan sebagainya .

KOPERASI

Tujuan penubuhan koperasi adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi ahli-ahli dalam koperasi. Ahli dalam koperasi mestilah sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang aktif, sekiranya daripada 50 orang ahli itu sorang tidak aktif maka syarikat koperasi itu tidak dapat dijalankan. Penubuhan Koperasi ini tertakluk dibawah akta Koperasi 1993 yang mana ahli mempunyai hak mendapat keuntungan melalui dividen sekiranya koperasi mendapat keuntungan. Ahli koperasi juga berhak mengundi Ahli pengarah mereka di dalam annual grand meeting. Untuk mendaftar syarikat koperasi di bawah Suruhanya koperasi Malaysia (SKM).

SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)

Perniagaan Syarikat Sdn Bhd merupakan satu perniagaan yang didaftarkan dibawah akta Syarikat 1965.
Tetapi mutakhir ini, akta ini telah digantikan dengan akta yang baru iaitu akta Syarikat 2016.

Perbezaan akta ini akan dikongsi kan di akhir bab ini.
Contoh syarikat Sdn Bhd yang mana ada tertulis dibelang nama syarikat tersebut Sdn Bhd seperti syahlam Sdn Bhd, Terus Maju Sdn Bhd dan sebagainya.

Pemilikan syarikat Sdn Bhd adalah 1-50 0rang sahaja.
Modal yang digunakan adalah bukan daripada pemilik syarikat tetapi daripada penjualan syer.

Begitu juga dengan liabiliti syarikat tidak melibatkan harta peribadi pemilik, liabiliti Sdn Bhd adalah terhad.
Jika berlaku sebarang kerugian kepada syarikat atau bankrapsi, kerugian ini tidak melibatkan harta pemilik tetapi yang rugi adalah syarikat, bukan pemilik. Sebagai contoh syarikat sdn bhd mempunyai asset kereta, jika rugi hanya asset kereta ini akan diambil bukan kereta dibawah nama pemilik.

BACAAN LANJUT: CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD

SYARIKAT AWAM BERHAD

Bagi Takrifan syarikat awam berhad ini yang mudah difahami adalah, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia boleh dijual beli oleh ‘public’ atau orang awam.

Sebagai contoh, syarikat TM, padini, aeon, petron, nestle dan banyak lagi.

Bilangan pemilik minimum adalah 2 orang dan maksimum adalah tidak terhad.
Liabiliti atau hutang adalah terhad, yang membawa maksud tidak melibatkan harta peribadi.

Modal syarikat ini diperoleh daripada penjualan syer kepada orang ramai, minimum untuk membeli syer syarikat awam berhad adalah 100 unit dan harga bergantung pada harga syarikat pada hari tersebut.

Syarikat ini ditubuhkan dibawah akta syarikat 1965. Tetapi telah dimansuhkan dan diganti dengan akta syarikat 2016, penggunaan akta ini sama seperti syarikat Sdn Bhd.

KESIMPULAN JENIS PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Segala aktiviti perniagaan yang ingin dijalankan mestilah berdaftar. Sebagai contoh syarikat sdn bhd adalah dibawah bidang kuasa SSM. Perkara ini perlu diketahui oleh masyarakat Malaysia  yang ingin memulakan perniagaan. Segala maklumat perniagaan ini boleh didapati dilaman web SSM. Maklumat perniagaan ini juga perlu diambil berat oleh masyarakat awam supaya mereka tidak ditipu oleh sendikit pihak perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

CARA DAFTAR SYARIKAT SDN BHD

Berikut adalah langkah-langkah untuk daftar syarikat sdn bhd:

1. Memenuhi Syarat-Syarat Daftar Sdn Bhd

Bagi memastikan permohonan daftar sdn bhd anda berjaya, amat penting untuk anda perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sekiranya memenuhi syarat-syarat di ibawah, maka anda layak memohon daftar syarikat sdn bhd

i. Pastikan pengarah syarikat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

ii. Butiran peribadi dan borang yang disediakan haruslah diisi dengan jelas dan lengkap.

iii. Dokumen yang diperlukan juga perlu diberikan dengan lengkap untuk memudahkan urusan pendaftaran

2. Sediakan Maklumat Daftar Sdn Bhd Yang Diperlukan

Jangan lupa sediakan maklumat yang diperlukan atau berkaitan untuk pendaftaran syarikat sendirian berhad.

Kesemua maklumat ini akan digunakan sebagai garis panduan bagi melihat potensi syarikat.

Antara maklumat yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

i. Berikan 3 Cadangan Nama Daftar Sdn Bhd

Nama-nama syarikat sdn bhd ini haruslah nama yang belum ada dalam sistem pendaftaran syarikat atau suruhanjaya syarikat Malaysia.

Ia bermaksud nama syarikat yang belum digunapakai oleh mana-mana organisasi di luar sana.

Sekiranya 1 nama syarikat ditolak, nama seterusnya akan gunakan. Begitulah seterusnya.

ii. Senaraikan Aktiviti Perniagaan Syarikat Sdn Bhd

Walau apapun aktiviti dan urus niaga syarikat, senaraikan setiap satunya untuk rujukan dan maklumat penting.

Ia diperlukan dalam mendaftar syarikat sendirian berhad serta memastikan ia berpotensi berjalan lancar.

iii. Berikan Maklumat Akaun Bank Syarikat Sdn Bhd

Maklumat penting yang diperlukan juga adalah jenis akaun bank yang akan dibuka bagi syarikat tersebut.

Akaun bank syarikat penting kerana ia akan memisahkan urusan kewangan peribadi pemilik syarikat dengan kewangan syarikat.

Hal ini juga dapat mengelakkan daripada berlakunya penyelewangan wang.

3. Melantik Setiausaha Syarikat Bagi Proses Daftar Sdn Bhd

Setiausaha syarikat atau company secretary merupakan orang terpenting yang akan membantu anda menguruskan proses penubuhan dan pengendalian syarikat.

Tahukah anda, setiausaha syarikat bertauliah boleh jadi dari Ahli Badan Profesional seperti Bar Council, MAICSA, MIA dan juga Licensed Secretary yang boleh didapati dari SSM.

Selalunya mereka akan meminta deposit awal, ada juga yang memerlukan bayaran penuh sebelum kendalikan seluruh proses penubuhan syarikat anda.

Berbaloikah melantik setiausaha syarikat?

Ya, dan ia adalah tindakan yang harus anda buat.

Setiausaha syarikat juga bertindak sebagai penasihat dan pegawai syarikat kepada lembaga pengarah syarikat.

Tanpa setiausaha syarikat, mustahil urusan pendaftaran dapat diselesaikan dengan cepat.

4. Menyerahkan Maklumat Lengkap Daftar Sdn Bhd kepada Setiausaha Syarikat

Kerjasama antara anda dengan setiausaha syarikat harus diadakan secara menyeluruh. Ketahui perkara atau maklumat yang mereka perlukan dan sediakan secara lengkap

Antara maklumat penting wajib setiausaha syarikat ambil maklum adalah seperti berikut:

i. Salinan kad pengenalan setiap ahli syarikat warganegara

ii. Salinan pasport setiap ahli syarikat bukan warganegara

iii. Jumlah modal saham atau syer yang akan dilaburkan dalam akaun syarikat untuk memulakan perniagaan

iv. Peratusan (%) syer saham yang akan dipegang oleh ahli pemegang saham

v. Nama mereka yang akan menandatangani cek syarikat

vi. Alamat utama perniagaan dan cawangan (jika ada)

vii. Alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham syarikat di Malaysia 

viii. No telefon syarikat, no telefon bimbit dan emel setiap pemegang saham, pengarah dan syarikat. 

5.  Kos Daftar Sdn Bhd

Kebiasaanya kos daftar sdn bhd dianggarkan diantara RM 2000-3000. Sekiranya anda ingin mendapatkan tawaran promosi daftar sdn bhd RM 1498, sila klik link di bawah

6.  Proses & Tempoh Masa Daftar Sdn Bhd

Setelah dokumen semua lengkap, setiausaha syarikat anda akan memulakan proses daftar sdn anda. Pasti anda teruja dan tak sabar lagi kan! Antara proses yang dilakukan adalah seperti berikut: 

  1. Setiausaha syarikat akan mengisi borang permohonan bagi carian nama syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kemudian, hanya perlu tunggu selama 4 atau 5 hari untuk mengetahui status kelulusan.
  2. Setelah nama syarikat sendirian berhad anda diluluskan, anda perlu menandatangani borang 14 atau dikenali sebagai Super Form. Borang ini akan memaparkan maklumat penuh Daftar Sdn Bhd anda seperti senarai pengarah, senarai pemilik saham, registered address dan business address.

7.  Terima Sijil Dan Dokumen Lengkap

Selepas pendaftaran syarikat sdn bhd anda diluluskan oleh SSM, setiausaha syarikat anda akan memberikan semua dokumen lengkap mengenai pendaftaran dan penubuhan syarikat ini. 

Anda juga akan menerima:

  1. Borang Seksyen 17 iaitu sijil penubuhan syarikat sendirian berhad daripada SSM
  2. Borang Seysen 15 iaitu notis pendaftaran syarikat sdn bhd
  3. Borang 256(2) iaitu notis lantikan setiausaha sdn bhd

Kini, proses daftar sdn bhd telah selesai. Jangan lupa juga untuk keep in touch dengan setiausaha syarikat anda untuk dapatkan info & update terkini,

contoh syarikat sdn bhd