5 KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD YANG ANDA PATUT TAHU

Syarikat Sdn Bhd sememangya diketahui mempunyai kelebihan berbanding syariket enterprise. Berikut adalah kelebihan syarikat sdn bhd yang perlu anda tahu:

1) Menurut akta yang baru, anda boleh buka Sdn Bhd dengan sendiri. Hanya perlu ke SSM dan lakukan proses untuk buka Sdn Bhd. Cuma anda kena tahu, dalam masa sebulan selepas anda buka/daftar anda perlu cari setiausaha syarikat.

2) Pembayaran untuk buka Sdn Bhd kini tidak mahal seperti sebelum ini, dimana sebelum ini harga buka Sdn Bhd bergantung kepada nilai modal dibenarkan.

Sejak wujudnya akta baru ni, modal dibenarkan tidak lagi wujud. Kos pembukaan paling maksimun sepatutnya dalam RM3000.

3) Dulu buka Sdn Bhd perlukan 2 orang untuk jadi shareholder atau pengarah syarikat. Kini seorang pengarah atau seorang pemegang saham pun dah boleh diluluskan.

Oleh kerana sebelum ini, banyak sangat kes syarikat yang tidak dapat ditutup sebab salah seorang pemegang saham dan pengarah tidak bagi kerjasama atau MIA (missing in action)

4) Mesyuarat tahunan atau Annual general Meeting (AGM) tidak wajib dilakukan, sebelum ini AGM menjadi kemestian, tapi kina bergantung pada keputusan pemegang saham.

5) Dulu, apa pun situasi syarikat anda, wajib membuat laporan audit untuk dihantar ke SSM. Kini Ada 3 situasi anda tidak perlu buat audit;

a) Dormant

– Dimana syarikat tidak melakukan sebarang aktiviti dalam syarikat termasuk melakukan perbelanjaan gaji. Selain lakukan perbelanjaan wajib seperti secretary fees, audit dan lain-lain.

b) Zero revenue

– Syarikat yang tidak mempunyai pendapatan pada tahun kewangan semasa dan 2 tahun kewangan sebelumnya

– Jumlah asset dalam Penyata Kewangan (Financial Statements) semasa tidak melebihi RM300,000 dan juga dalam Penyata Kewangan dua tahun kewangan sebelumnya

BACAAN LANJUT: CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD

c) Threshold Qualified

– Jumlah pendapatan yang diperolehi tidak melebihi RM100,000 pada tahun kewangan semasa dan untuk 2 tahun kewangan terakhir sebelumnya

– Jumlah asset dalam Penyata Kewangan semasa tidak melebihi RM300,000 dan dalam Penyata Kewangan untuk 2 tahun sebelumnya

– Pekerja tidak melebihi daripada 5 orang pada tahun kewangan semasa dan untuk 2 tahun kewangan sebelumnya

Semoga dengan mengetahui kelebihan syarikat sdn bhd ini anda akan lebih berminat untuk upgrade bisnes anda.

kelebihan syarikat sdn bhd