PROFIL SYARIKAT SDN BHD

Setiap perniagaan atau entiti perniagaan perlu mempunyai profil syarikat. Anda mungkin pernah melihat mana-mana perniagaan yang dibuat seperti buku yang menggunakan comb binding.Ada juga entiti perniagaan yang menjadikan profil syarikatnya lebih unik dan menarik dengan menghasilkannya dalam bentuk katalog.

Apa Sebenarnya Profil Syarikat SDN BHD?

Profil syarikat turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti:

  • Profil korporat
  • Corporate profile
  • Company profile

Semua tu adalah sama. Ia merujuk kepada profil syarikat. Ia sebenarnya sebuah dokumen yang mempunyai maklumat-maklumat penting bagi sesebuah perniagaan dan juga syarikat. Nanti kami akan kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan maklumat yang perlu ada didalamnya.

Apa Kegunaan Profil Syarikat BHD?

Ia sangat penting jika anda ingin bersaing dengan bisnes-bisnes lain untuk beberapa tujuan seperti apa yang bakal kami kongsikan dibawah.

Tender

Syarikat anda perlu bersaing untuk mendapatkan tender? 

Syarikat anda merupakan diantara entiti perniagaan yang paling wajib untuk mempunyai profil ini. Persaingan yang sengit memerlukan anda untuk lebih menonjol berbanding pesaing anda. Jadi, cara terbaik adalah dengan menceritakan segalanya dengan tersusun dan terperinci dalam profil anda.

Pinjaman & Pembiayaan Institusi Kewangan

Jika anda ingin mendapatkan dana, pinjaman atau pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan, profil anda juga akan menjadi salah satu faktor penting. Hal ini kerana ia akan menunjukkan bahawa syarikat anda sangat serius dalam bidang yang anda ceburi sekarang ini. Ia juga menunjukkan dengan jelas bahawa anda merupakan salah satu daripada entiti perniagaan yang tersusun, teratur dan bersistem.

Penyertaan Pertandingan/Anugerah/ISO

Untuk menyertai dan mendapat pengiktirafan bagi segala yang disebutkan diatas, profil merupakan diantara dokumen wajib untuk anda serahkan.

Apa Kelebihan Profil Syarikat?

Banyak sangat sebenarnya kelebihan bila anda sendiri mempunyai profil untuk perniagaan atau syarikat anda.

Antara kelebihan utamanya adalah:

  • Boleh dibawa kemana-mana dengan mudah sebagai bentuk pemasaran dan juga untuk meningkatkan awareness terhadap syarikat anda
  • Syarikat anda akan kelihatan lebih tersusun dan teratur kerana segala maklumat didalamnya telah disusun mengikut susunan yang sepatutnya
  • Syarikat anda akan kelihatan lebih serius dalam bidang anda kerana bukan semua syarikat atau perniagaan yang memaparkan dengan terperinci maklumat berkenaan mereka
  • Syarikat anda akan lebih mudah untuk dipercayai kerana segala maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan tidak berselindung.

Isi Kandungan Wajib Profil Syarikat

Berikut kami senaraikan beberapa isi kandungan yang wajib ada didalam profil anda.

  • Logo syarikat
  • Nombor pendaftaran SSM
  • Misi dan visi syarikat
  • Informasi syarikat
    • Alamat
    • Cara berhubung
      • Email
      • Telefon
      • Faks
  • Carta Organisasi
  • Biodata pemilik syarikat/CEO/Lembaga Pengarah

Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah yang terkini. Semak dengan setiausaha syarikat anda mengenai maklumat statutori syarikat sdn bhd yang terkini. Anda juga perlu sentiasa mengemaskini profil syarikat anda. Maklumat perlu sentiasa relevan dan terkini.

Ada banyak lagi sebenarnya yang anda perlu masukkan didalam profil anda. Cukup Sekadar ini sebagai yang asas. Ada beberapa klien kami menggunakan profil syarikat dan khidmat nasihat daripada kami telah berjaya mendapat pembiayaan sehingga RM300,000.

Mungkin anda pula yang seterusnya dengan profil syarikat sdn bhd?