KELEBIHAN SDN BHD BERBANDING ENTERPISE

Kebiasaannya usahawan-usahawan kecil memulakan perniagaan mereka  dengan menubuhkan Syarikat Enterprise samada pemilikan tunggal ataupun perkongsian.  Cara  inilah yang  biasa dilakukan oleh usahawan kecil apabila mula-mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Runggutan atau rintihan yang selalu kita dengar dari Usahawan kecil ialah kekurangan modal dan ini telah sinonim dalam kehidupan usahawan kecil.

Setelah  lama berniaga perniagaan usahawan kecil telah berkembang dan semakin maju  dan berjaya maka sudah sampai waktunya  untuk para usahawan ini berjinak-jinak untuk menaiktaraf perniagaan mereka kepada syarikat  sendirian berhad (Sdn Bhd)

Kelebihan menubuhkan atau berniaga menggunakan syarikat sdn bhd  berbanding enterprise,pemilik tunggal dan perkongsian:

PEMILIK TUNGGAL ATAU ENTERPRISE

TANGGUNGAN ATAU LIABILITI TIDAK TERHAD: Dari segi undang-undang, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemilknya. Jika berlaku masalah muflis dan perniagaan terpaksa ditutup kerana, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.

TIDAK ADA KESINAMBUNGAN (CONTINUITY): Perniagaan milik tunggal atau enterprise akan terbubar jika berlaku kematian  salah seorang pemiliknya.

KURANG KREDIBILITI ATAU KURANG DIYAKINI : Perniagaan enterprise secara dasarnya ialah perniagaan yang boleh ditubuhkan dengan kos yang paling rendah. Perniagaan enterprise juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan auditdan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Pihak Bank kurang yakin untuk memberi pinjaman yang berjumlah besar walaupun projek berdaya maju.

TIADA PENGECUALIAN CUKAI: Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah  tidak ada pengecualian cukai diberikan.

TIDAK BOLEH MEMBERI DIVIDEN: Disebabkan keupayaanya yang terhad , Perniagaan milik tunggal atau enterprise tidak boleh member Dividen kepada Pemegang Saham.

CIRI CIRI SENDIRIAN BERHAD

TANGGUNGAN ATAU LIABILITI TERHAD: Mengikut akta syarikat 1965 , syarikat sdn bhd  merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Maksudnya jika berlaku penutupan syarikat kerana muflis, pemilik dan aset atau harta pemilik syarikat akan selamat. Hanya harta benda syarikat sahaja yang disita atau ditahan.

ADA KESINAMBUNGAN ATAU BERTERUSAN DARI SEGI OPERASI SYARIKAT (CONTINUITY): Saham sesebuah syarikat  sdn bhd dengan jumlah pegangan seseorang individu merupakan satu tanda pemilikan dalam syarikat sdn bhd tersebut. Pemegang saham atau Pemilik sesebuah syarikat  sdn bhd itu boleh memindah saham  yang dimilikkinya atau dipegangnya  pada bila-bila masa sahaja. Dengan itu syarikat  tidak  akan  terjejas walaupun mana-mana sipemegang saham atau pemilik  sesebuah syarikat  sdn bhd itu meninggal dunia.

IMEJ ATAU KREDIBILITI SYARIKAT SDN BHD AKAN MENINGKAT : Pada dasarnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat  sdn bhd juga diwajibkan melantik setiausaha syarikat dan Juruodit Bertauliah untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 1965. Lapuran kewangan dan tahunan syarikat  sdn bhd  setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dengan sendirinya akan menjadikan kredibiliti syarikat sdn bhd lebih tinggi dan meyakinkan  pihak ketiga untuk berurusan dengan mereka. Pihak Bank lebih yakin untuk memberi pinjaman yang berjumlah besar.

MEMPEROLEHI BEEBAGAI JENIS PENGECUALIAN CUKAI: Diantara kelebihan yang besar yang akan diperolehi oleh syarikat sdn bhd ialah pengecualian cukai .

BOLEH MEMBERI DIVIDEN:: Disebabkan keupayaanya yang luas dan dinamik , Syarikat  sdn bhd juga boleh memberi Dividen kepada Pemegang Sahamnya jika ada lebihan untung bersih.