CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD YANG ANDA PERLU TAHU

Ramai usahawan yang ingin mendaftar sdn bhd. Tetapi adakah mereka tahu mengenai ciri-ciri syarikat sdn bhd? Artikel dibawah akan menjelaskan definisi dan ciri-ciri syarikat sdn bhd sebagai panduan kepada para usahawan

DEFINISI SYARIKAT SDN BHD

1) Syarikat sdn bhd adalah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 dan sekurang-kurangnya 1 orang diperlukan bagi menajanya.

2) Ahli-ahli syarikat sdn bhd ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dalam satu-satu masa.

3) Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 2016 sesebuah syarikat sdn bhd mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, mempunyai namanya sendiri, boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di mahkamah, mempunyai alamat yang tertentu, mempunyai aset atas namanya sendiri, tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD

a) Milikan-Pengasas perniagaan ini sekurang-kurangnya terdiri daripada 2 orang. Bilangan pemilik syer dihadkan antara 2 hingga 50 orang.

b) Modal-Modal dikumpulkan melalui jualan syer yang diterbitkan.

c) Pengurusan-Kawalan dan  pengurusan dijalankan oleh sebuah Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pemegang syer melalui pengundian dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

d) Pembentukan perniagaan-Tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 dibawah seliaan SSM.

e) Liabiliti-Pemilik menanggung liabiliti terhad. Ini bermakna risiko kerugian yang ditanggung oleh pemegang syer adalah setakat jumlah modal syer yang dilaburkan

f) Agihan untung-Keuntungan syarikat sdn bhd akan diagihkan kepada pemegang syer dalam bentuk dividen.

g) Cukai-Syarikat dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding cukai perseorangan.

CARA DAFTAR SYARIKAT SDN BHD

Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd

KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD

1) Liabiliti perniagaan syarikat sdn bhd adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.

2)vPenerusan syarikat sdn bhd adalah terjamin – iaitu syarikat sdn bhd tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham

3) Kemudahan untuk mendapat modal

4) Kemudahan dari segi penukaran hak milik

5) Pemegang-pemegang saham syarikat sdn bhd dilindungi oleh perundangan

.6) Potensi untuk perkembangan luas

7) Pemilik saham syarikat sdn bhd tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.

KELEMAHAN SYARIKAT SDN BHD

1) Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat 2016

2) Cukai pendapatan yang tinggi

3) Saham Syarikat tidak boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.

ciri-ciri syarikat sdn bhd