5 CARA MUDAH DAFTAR SDN BHD ONLINE

Melalui panduan daftar sdn bhd online ini, anda boleh mendapat pemahaman mengenai proses pendaftaran syarikat sdn bhd di Malaysia. Terdapat beberapa syarat yang harus anda patuhi jika anda ingin memulakan pendaftaran syarikat baru dan mengendalikan perniagaan di sini di Malaysia

CARA DAFTAR SDN BHD ONLINE SSM

Semua perniagaan yang didaftarkan di Malaysia dikehendaki berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, yang merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen bagi mengawal selia badan korporat dan hal ehwal perniagaan di Malaysia. Suruhanjaya Syarikat Malaysia dikenali secara tempatan dengan variasi namanya dalam Bahasa Melayu, iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia, atau secara umumnya SSM.

Kini daftar sdn bhd boleh dilakukan secara online. Dengan mendapatkan bantuan dari setiausaha syarikat berlesen, ada tidak perlu bersusah payah ke kaunter SSM untuk melakukan pendaftaran syarikat sdn bhd. Anda boleh menghubungi setiausaha syarikat untuk melakukan daftar sdn bhd online. Anda boleh jimatkan masa dan tenaga.

Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd

PANDUAN DAFTAR SDN BHD ONLINE

1. Lantikan Pemegang Saham & Pengarah

Bagi daftar sdn bhd online, anda perlula menetapkan pemegang saham dan pengarah. Sebuah syarikat yang mempunyai modal saham boleh diperbadankan sebagai sebuah syarikat swasta (dikenalpasti dengan perkataan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn Bhd’)

Syarat-syarat untuk membentuk membuka syarikat adalah:

(i) Sekurang-kurangnya satu langganan dalam RM 1 saham syarikat;
(ii) Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah bermastautin; dan
(iii) Seorang setiausaha syarikat yang boleh menjadi sama ada:

  • Seorang individu yang merupakan ahli badan profesional yang ditetapkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; atau
  • Seorang individu yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

 Kedua-dua pengarah dan setiausaha syarikat boleh mempunyai tempat tinggal utama ataupun satu-satunya tempat tinggal di Malaysia.

2.  Pencarian Nama Syarikat Sdn Bhd

Process carian nama hendaklah dibuat untuk menentukan sama ada nama yang dicadangkan bagi syarikat itu masih tidak digunakan oleh syarikat lain. Ia juga perlulah mengikuti beberapa peraturan asas seperti bahasa yang baik dan jelas serta tidak mengelirukan pengguna lain

3. Penyerahan Dokumen Daftar Sdn Bhd

Dokumen pemerbadanan hendaklah dikemukakan kepada SSM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan nama syarikat dengan SSM. Permohonan baru bagi carian nama mesti dilakukan jika gagal menyerahkan dokumen pemerbadanan dalam tempoh yang diberikan

4. Bayaran daftar Sdn Bhd Online

Di bawah Akta Syarikat yang baru 2016, bayaran pendaftaran rata sebanyak RM1,000 akan dibayar kepada SSM untuk setiap permohonan untuk penubuhan sebuah syarikat.

5. Kelulusan dan Notis Pendaftaran Sdn Bhd

Notis pendaftaran (dahulunya dikenali sebagai Sijil pemerbadanan) akan dikeluarkan oleh SSM setelah syarikat mematuhi prosedur penubuhan dan penyerahan dokumen pemerbadanan yang lengkap.

5 CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD

  1. Konsep entiti berbeza. Syarikat sdn bhd dan pemilik adalah berbeza. Syarikat adalah satu entiti yang sah di sisi undang-undang dan boleh memiliki aset. Maksudnya, sekiranya aset itu dibeli dibawah nama syarikat, ianya adalah milik syarikat bukan milik pemilik syarikat
  2. Konsep tanggungan atau liabiliti terhad. Maksudnya disini, pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis. Aset syarikat adalah aset syarikat dan aset pemilik syarikat adalah aset pemilik syarikat.
  3. Konsep kesinambungan/berterusan. Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal
  4. Konsep percukaian. Lanjutan dari konsep entiti berbeza, percukaian bagi syarikat sdn bhd adalah berbeza dari pemilik syarikat. Syarikat perlu menghantar dan menyelesaikan percukaiannya sendiri. Berbeza dengan individu yang melapor cukai melalui borang B atau BE sebelum 31 Jun setiap tahun, syarikat sdn bhd melapor cukai melalui borang C dan perlu dilaporkan dalam masa 7 bulan selepas tarikh berkakhir tahun kewangan
  5. Konsep tanggungjawab. Apabila syarikat ditubuhkan terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan setiap tahun iaitu serahan tahunan, serahan penyata kewangan yang diaudit dan serahan laporan cukai tahunan. Kegagalan melakukan perkara ini adalah satu kesalahan disisi undang-undang dan boleh menyebabkan pengarah didenda sehingga RM 50,000 atau penjara bagi setiap kesalahan.

10 KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD

Anda sudah tahu akan ciri-ciri syarikat sdn bhd. Apabila anda menubuhkan sdn bhd, anda akan mendapat kelebihan syarikat sdn bhd seperti berikut:

  1. Liabiliti terhad. Liabiliti terhad bermaksud pemilik syarikat hanya akan rugi terhadap apa yang dilaburkan sahaja. Hal ini pastinya memberikan kelegaan kepada pemilik syarikat. Mereka sudah tahu akan modal ‘hangus’ dan ini membolehkan mereka merancang strategi kewangan. Liabiliti terhad ini juga akan menggalakan usaha keusahawanan kerana nilai kerugian yang terhad
  2. Boleh diwarisi. Syarikat sdn bhd dimiliki melalui pemegang saham. Sekiranya sesuatu terjadi kepada pemegang saham, saham itu boleh dijual kepada pemegang saham yang baru. Hal ini menjadikan operasi syarikat sentiasa boleh dikawal selia dan berterusan.
  3. Kredibiliti yang tinggi. Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.
  4. Kadar cukai yang rendah. Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.
  5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai. Pemilik syarikat boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen. Baiknya kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat.
  6. Boleh bertukar milik. Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham. Apabila seseorang itu bertindak menjual saham, dia juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut. Pembeli baru saham tersebut dikira sebagai pemilik baru syarikat.
  7. Boleh melantik pengurusan yang profesional. Pemilik syarikat tidak semestinya menjalankan operasi syarikat. Mereka boleh memilih untuk melantik lembaga pengarah yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mentadbir syarikat seterusnya menjana lebih keuntungan.
  8. Mudah mendapat suntikan modal. Modal perniagaan boleh didapati dalam bentuk pinjaman mahupun ekuiti. Syarikat lebih mudah mendapat pinjaman dari pihak bank seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi suntikan modal ekuiti, ianya boleh dilakukan dengan menambah modal berbayar.
  9. Penyata kewangan yang disahkan. Adalah menjadi kewajipan untuk syarikat sdn bhd menyediakan penyata kewangan yand disahkan oleh auditor. Hal ini menambah kredibiliti syarikat disamping memastikan keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus. Syarikat juga mudah untuk meyakinkan pelabur luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata kewangan yang diaudit.
  10. Potensi yang besar. Disebabkan pengurusan syarikat yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan dan lebih berdaya saing.

Cara Daftar Sdn Bhd Online