10 PANDUAN DAN CONTOH NAMA SYARIKAT

PANDUAN ASAS NAMA SYARIKAT

Nama syarikat adalah sangat penting kerana ia memberikan pandangan pertama terhadap syarikat anda. Contoh nama syarikat yang menarik perhatian seperti GRAB, SHOPEE & FACEBOOK memudahkan pengguna tahu mengenai bisnes tersebut tanpa perlu buat ‘research’ yang mendalam.

Kebanyakan syarikat yang fokusnya hanya tertumpu kepada produk atau servisnya terlupa satu perkara yang membuatkan para pelanggan tertarik dengan syarikat anda serta dapat meninggalkan satu memori yang membuatkan pelanggan tersebut akan kekal berurusan dengan produk anda. Ini adalah satu fakta bahawa nama syarikat yang unik akan membuatkan para pelanggan mengingati syarikat anda dan malah dapat menarik rakan-rakan pelanggan tersebut.

Oleh yang demikian, nama syarikat yang unik akan menjadi penentu sama ada syarikat anda akan berkembang dengan perlahan ataupun mendapat sambutan yang hangat melalui platform online yang sedang hangat digunakan oleh para pelanggan. Adakah nama syarikat yang anda pilih adalah nama syarikat yang unik dan senang diingati?

Artikel ini akan membantu anda dalam memberikan 10 formula contoh nama syarikat supaya anda create nama syarikat sendiri yang menarik.

FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA PERKATAAN INTERNATIONAL

Ini antara formula yang paling senang bila nak buat nama syarikat.

Letak je nama international/global/world kat belakang produk korang.

Bila letak perkataan macam ni terus rasa premium and akan create trust.

Rasa macam brand ni dah lama wujud, established dan dah banyak branch dekat merata dunia.

Bila nak beli pun tak rasa takut tapi lagi confident

Contoh nama syarikat yang boleh digunakan:

1. Jeruk International
2. Kain Batik Global
3. Kuih Bakar World

FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA NAMA FOUNDER

Korang dah takda idea sangat kan, korang pakai je la nama sendiri.

Sekarang ni kan dah ramai orang yang buat personal branding.

Bila buat dekat sosial media macam instagram, facebook, tiktok orang akan nama korang. Lepas tu baru ingat produk.

Sebab tu korang jual produk apa pun laku.

Tapi jangan la asyik tukar-tukar produk selalu sangat.

Cuba bina dulu brand and trust customer.

Ini contoh nama syarikat yang guna nama founder:

1. Zara (pakaian)
2. JimmyChoo (kasut)
3. Wawa Cosmetic (kosmetik)

Yang penting pastikan pendek je.

Dan orang boleh ingat dalam sekali baca!

Ini penting sangat. Pendek dan padat

BACAAN LANJUT: CARA DAFTAR SDN BHD

Contoh nama syarikat

FORMULA NAMA SYARIKAT: PAKAR + NICHE

Korang boleh gunakan formula 2 perkataan yang menunjukkan anda pakar dalam sesuatu bidang.

Konsepnya mudah. Anda perlu gandingkan kepakaran dengan niche (bidang) bisnes korang tu. Nanti orang senang ingat.

Contohnya:

1. Kaki Motor
2. Geng Ibu Hamil
3. Pakar Iklan
4. Sifu Kurus
5. Doktor Dating
6. Taiko Emas
7. Sahabat Insurans
8. Vespa Power
9. Burger Meletop
10. Cikgu Tudung

Tu kelebihan kalau nama pendek dan padat.

Sekali orang tengok dah ingat.

Kalau mereka nak pergi balik page atau website korang.

Mereka tinggal google je.

FORMULA NAMA SYARIKAT: RANDOM

Yang ni tricky.

Tapi paling cepat dan mudah.

Sebab yang ni korang letak je apa-apa ikut hati korang.

Tapi masih banyak je yang berjaya.

Tengok je la Steve Job.

Dia letak nama company dia “Apple”.

Nampak sangat main letak je.

Tak berkait langsung dengan komputer atau barang elektronik.

Tapi barang apple memang berkualiti & inovatif.

Branding pun gempak.

Let success speaks orang putih kata.

Contoh nama syarikat lain yang guna formula random ni:

1.Google
2.Kodak
3.Xerox

Conclusion je, dah kalau korang tak tahu sangat nak guna nama apa, pakai je nama yang terlintas dekat fikiran korang

Tak payah nak fikir teruk-teruk

Yang penting, buat bisnes elok-elok sampai orang percaya, nanti lekat la nama tu.

FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA NAMA PENDAFTARAN SSM

Yang ni korang boleh guna kalau dah daftar SSM.

Jadi korang guna je la nama syarikat SSM yang korang dah guna masa pendaftaran. Contohnya:

1. Jurutera Budiman Sdn Bhd
2. Global Network Enterprise
3. Synegry Enterprise

Haa. nanti masa daftar pilih nama yang nampak pro sikit.

FORMULA NAMA SYARIKAT: PENDEKKAN NAMA

Percayalah, sebab banyak syarikat yang kami jumpa, nama panjang-panjang akhirnya dipendekkan.

Contoh yang hari-hari korang guna iaitu McDonalds.

Akhirnya dipendekkan dan jadilah McD.

Nanti customer akan ingat huruf ni je.

Tak salah pun. Lagi pendek, lagi senang ingat.

Bila senang ingat akan create trust and brand loyalty.

Sekarang kalau lapar orang nak makan apa? Terus je orang ingat McD tak pun KFC.

Ini antara contoh nama syarikat yang telah pendekkany:

MAC = Make-up Art Cosmetics
AT&T = American Telephone & Telegraphs
H&M = Hennes and Mauritz

BACAAN LANJUT: KELEBIHAN SDN BHD

FORMULA NAMA SYARIKAT: PAKAR + NICHE +NICHE

Ini adalah Formula 3 Nama untuk terangkan lebih lanjut pasal nama company anda.

Sekali baca klien dah tahu anda jual apa.

Katalah korang jual kasut.

Letaklah contoh nama syarikat macam ni:

1. JennyKasutWanita
2. KedaiGuntingBaju
3. LehaMasakSedap

Memang berkesan.

Sebab ada 2 elemen dekat contoh nama syarikat tersebut.

Pertama:

Anda buat apa? Company anda ni berkaitan apa?

Kedua:

Anda akan mudahkan orang search nama company anda di Google.

Orang Google Kasut Wanita nanti akan nampak anda punya company website..

Contohnya anda buat bisnes kasut. Lepas letak pula nama company “Lisa Kasut Wanita”.

Haa, memang pair lah dengan keyword tu. Orang akan senang jumpa syarikat anda sebab nama syarikat tu dah berkaitan dengan aktiviti bisnes

FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA PERKATAAN BRANDED

Cuba anda fikirkan perkataan yang bunyi sedap. Selalunya dari perkataan english, spain atau italy

Bila bunyi sedap, orang akan nampak power.

Jadi boleh guna perkataan untuk sebagai contoh nama syarikat anda.

Walaupun nama tu hanya 1 perkataan macam:

1. Zara

2. Haw

3. Dio’r

Tapi sebab tulisan tu cantik bila dipandang.

Orang akan kenal anda buat apa..

Dan anda boleh markup harga mahal kalau jual barang mewah.

Dengan nama yang bagus!

LUXURY NICHE HAS THE BEST PROFIT.

FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA NAMA NEGARA

Korang boleh letak nama negara contohnya Spanish, Italian, Jepun

Kalau jual sushi, letak la:

1. Tokyo Sushi
2. Sakura Onigiri
3. Korean Kimchi

Conth lain, kalau anda buat travel agent ke korea.

Letak nama company macam:

1. Paris Travel
2. Japan Tour Guide
3. London Travel & Tours

Secara automatik nama company ni dah boleh terangkan bisnes anda.

Orang pun dah boleh expect pakej-pakej yang disediakan

FORMULA NAMA SYARIKAT: TEMPAT POPULAR  + NICHE

Untuk formula ni, anda gabungkan nama tempat dgn niche korang.

Contoh nama syarikat tempat + niche:

1. Istanbul Ice Cream
2. Bantal Hotel
3. Italian Spaghetti
4. Indian Curry

Haa, simple je kan nak kasi nama syarikat ni.

Tapi terus ingat sebab tempat tu memang dah terkenal dan sinonim dengan produk tu

Ni lah nama brand korang nanti.

FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA NAMA TOKOH

Apa formula tokoh ni.

Ni kalau korang nak cari nama syarikat yang islamik sikit.

Tengok la brand macam:

1. Telekung Siti Khadijah
2. Kurma Ajwa
3. Yusoof Taiyoub

Letak la nama macam:

1. Kurma Al-Khattab
2. Omar Sejadah
3. Abu Bakar Oil

KESIMPULAN

Pilihlah nama company yang mempunyai suku kata dan irama yang ringkas dan mempunyai bunyi yang menarik. Yang paling penting adalah anda mestilah mengetahui apakah sifat perniagaan anda sebelum anda mengambil keputusan untuk memilih nama syarikat anda.