Contents
- 9 CARA DAFTAR SDN BHD SENDIRI
- 8 KELEBIHAN DAFTAR SDN BHD
- KEPENTINGAN DAFTAR SDN BHD
- FAQ: Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) di Malaysia
- 1. Apakah itu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)?
- 2. Siapa yang layak mendaftar syarikat Sdn Bhd di Malaysia?
- 3. Berapa minimum pengarah diperlukan untuk daftar Sdn Bhd?
- 4. Berapa minimum pemegang saham diperlukan?
- 5. Berapakah modal berbayar minimum untuk Sdn Bhd?
- 6. Adakah alamat berdaftar diperlukan untuk pendaftaran Sdn Bhd?
- 7. Adakah wajib melantik setiausaha syarikat?
- 8. Di mana pendaftaran Sdn Bhd dibuat?
- 9. Apakah langkah pertama untuk daftar Sdn Bhd?
- 10. Bagaimana proses semakan dan tempahan nama syarikat?
- 11. Apakah itu Borang Super dalam MyCoID?
- 12. Berapakah kos pendaftaran Sdn Bhd?
- 13. Apakah dokumen yang diperlukan untuk daftar Sdn Bhd?
- 14. Berapa lama masa pendaftaran Sdn Bhd?
- 15. Bagaimana sijil pemerbadanan diterima?
- 16. Adakah perlu hadir ke SSM untuk daftar Sdn Bhd?
- 17. Bolehkah warga asing menjadi pengarah atau pemegang saham?
- 18. Adakah Sdn Bhd sesuai untuk perniagaan kecil?
- 19. Apakah kelebihan menggunakan khidmat setiausaha syarikat?
- 20. Adakah bantuan profesional disyorkan untuk pendaftaran Sdn Bhd?
Cara daftar sdn bhd sendiri tidaklah sesukar yang disangka. Sekiranya anda ingin menjalankan bisnes, anda wajib mendaftarkan bisnes anda sebagai sebuah perniagaan atau syarikat terlebih dahulu. Jika anda memilih syarikat sdn bhd sebagai entiti perniagaan anda, kami sebagai setiausaha syarikat boleh membantu anda untuk melakukan serah simpan pendaftaran syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda boleh daftar sdn bhd sendiri dengan menyediakan dokumen yang diperlukan. Setiausaha Syarikat akan melakukan semakan dan serahan terakhir selepas semua dokumen anda telah sediakan. Setiausaha syarikat mestilah mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membolehkan beliau melakukan proses serahan pendaftaran syarikat anda.
9 CARA DAFTAR SDN BHD SENDIRI
Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk anda mendaftar syarikat mengikut Akta Syarikat 2016.
- Cari 3 nama pilihan yang selari dengan bisnes untuk dipohon sebagai nama syarikat di SSM.
- Tentukan jumlah modal saham yang akan digunakan didalam syarikat. Ianya boleh bermula dengan RM 1
- Pilih 3 aktiviti utama perniagaan yang bakal syarikat jalankan.
- Dapatkan cawangan bank serta alamat bank dimana akaun syarikat akan dibuka.
- Sediakan salinan kad Pengenalan bagi setiap pengarah serta pemegang saham bagi warganegara Malaysia. Jika bukan warganegara, sila sediakan salinan pasport
- Sediakan email bagi ahli pemegang saham dan pengarah syarikat
- Sediakan alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham dan mestilah di Malaysia
- Buat pembayaran kepada setiausaha syarikat
- Kelulusan dalam 3-5 hari bekerja sekiranya tiada masalah didalam serahan pendaftaran syarikat sdn bhd.
Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil setiausaha syarikat selepas menyiapkan dokumen cara daftar sdn bhd sendiri. Pihak setiausaha syarikat akan menyemak bagi tujuan penyediaan dokumen penubuhan syarikat dan akan melakukan serahan terakhir kepada SSM.
Anda tidak perlu risau akan kesilapan kerana segala maklumat yang disediakan anda ketika cara daftar sdn bhd sendiri akan disemak oleh pihak kami. Dengan berkurangnya kesalahan, tempoh kelulusan boleh dipercepatkan dan anda boleh mendapat syarikat sdn bhd idaman anda dengan lebih pantas.

8 KELEBIHAN DAFTAR SDN BHD
- Liabiliti bisnes adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
- Syarikat lebih terjamin dan berterusan. Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
- Kemudahan untuk mendapat modal.
- Kemudahan daripada bentuk penukaran hakmilik. Saham syarikat sdn bhd boleh dijual beli.
- Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
- Potensi untuk perkembangan luas disebabkan kredibiliti yang tinggi
- Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
- Lebih banyak penggunaan cukai yang sah disisi undang-undang [Cukai sdn bhd lebih flexible, kerana pendapatan bercukai syarikat boleh ditukar-tukar dengan gaji pengarah (individu) bagi mendapatkan menjimatkan bayaran cukai keseluruhan]
KEPENTINGAN DAFTAR SDN BHD
Adakah anda tahu bahawa anda sebagai peniaga perlu mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? Anda boleh mendaftar sebagai perniagaan enterprise atau syarikat sdn bhd.
Tidak mendaftarkan perniagaan anda adalah satu kesalahan dan anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Dengan mendaftar perniagaan anda sebagai enterprise atau syarikat sdn bhd ianya membolehkan perniagaan anda mendapat pengiktirafan entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang
Anda juga layak sebagai peniaga mendapatkan pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti (a) perlindungan insuran, (b) kemudahan kredit, (c) kursus dan latihan (d) faedah baik-pulih premis perniagaan (jika ada) dan lain-lain.
Jika anda sudah awal-awal daftar SSM enterprise atau syarikat sdn bhd, adalah lebih mudah untuk anda mendapatkan pekerja kerana mereka yakin untuk berkhidmat dengan syarikat memandangkan bisnes anda kelihatan kukuh dan tersusun. Pembayaran gaji serta KWSP pekerja juga akan menjadi lebih teratur dan sistematik.
Zaman sekarang terutamanya secara online memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi antara pelanggan dan peniaga. Jadi, dengan adanya nombor pendaftaran perniagaan, pelanggan lebih yakin dan rasa dilindungi untuk berurus niaga meskipun tidak pernah sekalipun berjumpa secara depan-depan dengan peniaga
FAQ: Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) di Malaysia
1. Apakah itu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)?
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) ialah entiti perniagaan berdaftar di Malaysia yang mempunyai liabiliti terhad, di mana tanggungjawab pemilik terhad kepada modal yang dilaburkan dalam syarikat.
2. Siapa yang layak mendaftar syarikat Sdn Bhd di Malaysia?
Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas, warganegara atau bukan warganegara (tertakluk syarat), boleh mendaftar Sdn Bhd dengan syarat melantik pengarah dan setiausaha syarikat yang sah.
3. Berapa minimum pengarah diperlukan untuk daftar Sdn Bhd?
Minimum seorang (1) pengarah diperlukan dan pengarah tersebut mesti bermastautin di Malaysia.
4. Berapa minimum pemegang saham diperlukan?
Minimum seorang (1) pemegang saham diperlukan. Pengarah dan pemegang saham boleh merupakan individu yang sama.
5. Berapakah modal berbayar minimum untuk Sdn Bhd?
Modal berbayar minimum ialah RM1 sahaja, bergantung kepada keperluan perniagaan dan pihak berkaitan seperti bank atau lesen.
6. Adakah alamat berdaftar diperlukan untuk pendaftaran Sdn Bhd?
Ya. Setiap syarikat Sdn Bhd wajib mempunyai alamat berdaftar di Malaysia untuk tujuan surat-menyurat rasmi.
7. Adakah wajib melantik setiausaha syarikat?
Ya. Semua syarikat Sdn Bhd wajib melantik setiausaha syarikat berdaftar dalam tempoh yang ditetapkan selepas pemerbadanan.
8. Di mana pendaftaran Sdn Bhd dibuat?
Pendaftaran Sdn Bhd dibuat melalui portal SSM MyCoID, iaitu sistem rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
9. Apakah langkah pertama untuk daftar Sdn Bhd?
Langkah pertama ialah mendaftar akaun MyCoID, kemudian mengaktifkannya di kaunter SSM sebelum boleh membuat permohonan pemerbadanan.
10. Bagaimana proses semakan dan tempahan nama syarikat?
Nama syarikat disemak dan ditempah melalui aplikasi Direct Incorporation di MyCoID untuk memastikan nama tersebut tidak sama atau mengelirukan.
11. Apakah itu Borang Super dalam MyCoID?
Borang Super ialah borang digital yang menggabungkan maklumat syarikat seperti:
- Aktiviti perniagaan (MSIC)
- Pengarah
- Pemegang saham
- Modal syarikat
12. Berapakah kos pendaftaran Sdn Bhd?
Kos pendaftaran rasmi dengan SSM adalah sekitar RM1,000, tidak termasuk cukai dan yuran profesional jika menggunakan khidmat setiausaha syarikat.
13. Apakah dokumen yang diperlukan untuk daftar Sdn Bhd?
Antara dokumen utama ialah:
- Salinan kad pengenalan pengarah & pemegang saham
- Maklumat pegangan saham
- Alamat perniagaan
- E-mel dan nombor telefon
14. Berapa lama masa pendaftaran Sdn Bhd?
Secara purata, proses pendaftaran mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja, tertakluk kepada kelulusan nama dan kelengkapan maklumat.
15. Bagaimana sijil pemerbadanan diterima?
Sijil Pemerbadanan (Certificate of Incorporation) akan dihantar secara digital melalui e-mel selepas permohonan diluluskan.
16. Adakah perlu hadir ke SSM untuk daftar Sdn Bhd?
Tidak semestinya. Kebanyakan proses boleh dibuat secara online, kecuali pengaktifan akaun MyCoID (jika belum aktif).
17. Bolehkah warga asing menjadi pengarah atau pemegang saham?
Ya, warga asing boleh menjadi pemegang saham atau pengarah tertakluk kepada peraturan semasa dan keperluan tambahan.
18. Adakah Sdn Bhd sesuai untuk perniagaan kecil?
Ya. Sdn Bhd sesuai untuk perniagaan kecil hingga besar kerana ia memberi perlindungan liabiliti dan imej profesional.
19. Apakah kelebihan menggunakan khidmat setiausaha syarikat?
Setiausaha syarikat membantu:
- Memastikan pematuhan undang-undang
- Mengelakkan kesilapan teknikal
- Mempercepatkan proses pendaftaran
20. Adakah bantuan profesional disyorkan untuk pendaftaran Sdn Bhd?
Ya. Bantuan profesional amat disyorkan untuk memastikan proses pendaftaran tepat, patuh undang-undang dan lancar, terutamanya bagi pemilik perniagaan kali pertama.