Contents
Sekiranya anda ingin berurusan dengan kerajaan Malaysia anda perlulah berdaftar dengan MOF. Walaupun begitu, masih ramai yang ingin daftar MOF tetapi tidak tahu syarat daftar MOF. Jangan risau, artikel ini akan menerangkan langkah mudah untuk syarat daftar MOF serta cara daftar MOF
APAKAH ITU SIJIL MOF
Secara umumnya untuk jika anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlulah mempunyai lesen MOF. Untuk mendapatkan lesen MOF ini, anda perlu membuat permohonan dengan lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Setelah permohonan anda berjaya, akan mendapat sijil MOF. Kemudian, barulah anda boleh menyertai tender dibawah kerajaan Malaysia.
4 CARA MUDAH DAFTAR MOF
Berikut adalah 5 langkat mudah cara daftar sijil mof:
Cara Daftar MOF 1: Sediakan Email dan Dokumen Pendaftaran
Pertama sekali perlulah perlulah mempunyai email yang sah. Selain itu anda perlulah bersedia dengan pengetahuan dan dokumen bagi daftar MOF
Cara Daftar MOF 2: Register ePerolehan
Gunakan email yang anda ada tadi untuk mendaftar di website ePerolehan
Cara Daftar MOF 3: Upload Dokumen
Upload dokumen yang diperlukan. Ada boleh rujuk keperluan dokumen dengan rujuk syarat daftar lesen mof dibawah
Cara Daftar MOF 4: Buat Pembayaran
Hantar maklumat yang diperlukan dan buat pembayaran
4 SYARAT DAFTAR MOF UTAMA
Berikut adalah syarat daftar lesen MOF yang utama:
Syarat Daftar MOF 1: Berdaftar Dengan SSM
Perniagaan anda perlulah berdaftar dengan SSM sama ada sebagai enterprise atau sdn bhd. Pastikan sijil perniagaan, maklumat pemilik & perniagaan yang adalah yang terkini, masih aktif & tidak expired. Kod Bidang permohonan MOF mestilah selari dengan jenis perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kemaskini jenis perniagaan perlu dibuat terlebih dahulu jika ianya tidak selari sebelum anda daftar syarikat enterprise dengan mof.
Syarat Daftar MOF 2: Mempunyai Premis Perniagaan
Adalah penting untuk anda mempunyai premis perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau majlis perbandaran. Sekarang ini, pihak MOF memerlukan lesen PBT/Majlis perbandaran sebagai bukti alamat premis perniagaan. Sekiranya anda menggunakan alamat rumah, anda masih boleh memohon MOF tetapi terhad kepada 45 kod bidang rumah.
Syarat Dafter MOF 3: Mempunyai caruman KWSP
Untuk makluman, wajib ke atas mana-mana perniagaan yang ingin memohon lesen dengan mof mempunyai pekerja dan mencarum KWSP. Syarikat perlu memiliki sekurang-kurangnya seorang pekerja (bergantung kepada jenis kod bidang). Pemilik perniagaan tidak boleh dikira sebagai pekerja. Sekiranya anda masih lagi tidak mempunyai pekerja, anda boleh menggunakan ahli keluarga sebagai penama pekerja dengan mendapat persetujuan daripad mereka. Pihak MOF akan memohon slip caruman KWSP bagi mengesahkan nama pekerja
Syarat Daftar MOF 4: Mempunyai Modal yang Mencukupi Didalam Akaun Semasa
Pihak MOF mewajibkan perniagaan enterprise mempunyai baki RM2500 didalam akaun semasa. Untuk sdn bhd pula, didalam dokumen SSM mesti menyatakan modal berbayar sekurang-kurangnya RM2500 dan keatas. Modal ini penting bagi mengenalpasti kemampuan kewangan perniagaan dalam membuat bekalan produk atau perkhidmatan kepada pihak kerajaan nanti.
Bacaan lanjut: Promosi Daftar Sdn Bhd
DOKUMEN DAFTAR LESEN MOF
- Borang Pengisytiharan MoF
- Surat Akuan Syarikat – Lampiran 11
- Borang Pengesahan Akaun Bank & Penandatangan Cek
- E-Info SSM/ Mydata SSM
- Section 14 (Superform) bagi Sdn Bhd atau Borang D/E bagi enterprise
- Penyata Akaun Bank (Akaun Semasa) Terkini Atas Nama Syarikat / Slip Deposit (Bagi Pembukaan Akaun Baharu)
- Resolusi Penandatangan Cek Yang Disahkan Benar Oleh Setiausaha Syarikat bagi Sdn Bhd
- Salinan MyKad/Passport Pemilik/ Pengarah
- Perjanjian Sewa Dimatikan Setem/ Geran/ S&P/ Bil Utiliti Yang Mengandungi Nama Dan Alamat Syarikat/ Surat Kebenaran Yang Ditandatangan Oleh Pemilik Premis
- Maklumat Pemegang Saham, Pengarah, Pekerja (Nama, No KP dan Alamat KP Terkini serta Jawatan)
- Maklumat E-mail dan nombor telefon rasmi (Semua pembekal disarankan untuk menggunakan e-mel syarikat atau perkhidmatan e-mel Google seperti @gmail.com)
- Senarai Kod Bidang Yang Hendak Didaftarkan (Mesti selari/berkaitan Nature of Business/Business Description SSM Syarikat)
KEPENTINGAN DAFTAR MOF
Dengan adanya sijil kewangan MOF ini ia menunjukkan anda telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan anda boleh memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkait dengannya. Sistem ePerolehan Malaysia merupakan satu sistem elektronik dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai fungsi untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dengan para pembekal untuk pendaftaran MOF. Melalui sistem ePerolehan Malaysia, anda sebagai pembekal dapat mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Para pembekal juga lebih mudah untuk dihubungi kerana segala maklumat telah dinyatakan di dalam sistem ePerolehan Malaysia.
TEMPOH SAH DAFTAR MOF
Bagi setiap permohonan lesen MOF, ianya akan sah selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh, anda perlulah memperbaharui semula lesen MOF anda dengan memohon semula melalui sistem ePerolehan Malaysia dalam tempoh 3 bulan sebelum tamat tempoh
Bacaan lanjut: Cara Daftar MOF
KELULUSAN PERMOHONAN DAFTAR LESEN MOF
Secara amnya, permohonan cara daftar MOF yang lengkap akan lulus dalam tempoh 7-14 hari bekerja
SIJIL DIGITAL LESEN MOF
Sijil Digital Lesen MOF adalah berbeza dengan Sijil Lesen MOF. Sijil Digital MOF bertindak sebagai tandatangan digital untuk melakukan pengesahan dokumen secara atas talian di sistem ePerolehan. Ianya adalah tambahan kepada Sijil Lesen MOF
Bacaan lanjut: Penerangan Sijil Digital MOF
KESIMPULAN
Sekiranya anda ingin menyertai tender dengan Kerajaan Malaysia, anda perlulah cara daftar MOF seperti yang kami terangkan diatas. Jika anda memerlukan bantuan, kami juga menyediakan servis daftar lesen MOF untuk anda. Jadi anda lebih jimat masa dan boleh fokus kepada bisnes anda. Anda boleh serahkan kepada kami yang mempunyai pengalaman luas dalam pendaftaran MOF. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.