APA ITU SIJIL DIGITAL ePEROLEHAN MOF

Ramai yang ingin mendaftar MOF tetapi masih keliru antara sijil MOF dan sijil digital ePerolehan MOF. Artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut perbezaan diantara sijil MOF dan sijil digital ePerolehan MOF

APAKAH ITU SIJIL MOF

Secara umumnya untuk jika anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlulah mempunyai lesen MOF. Untuk mendapatkan lesen MOF ini, anda perlu membuat permohonan lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Setelah permohonan anda berjaya, akan mendapat sijil MOF. Sijil MOF ini menunjukkan anda telah berdaftar dengan MOF

APAKAH ITU SIJIL DIGITAL ePEROLEHAN MOF

Sijil digital MOF adalah satu bentuk pengesahan identiti. Ianya wujud dalam bentuk nombor pin dan jawapan keselamatan. Jadi sekiranya anda berasa keliru atau tidak faham, anda tidak berseorangan. Sijil digital MOF adalah nombor pin dan jawapan keselamatan bagi mengesahkan identiti anda. Anda tidak akan menjumpai sijil secara fizikal.

Bacaan lanjut: Cara Daftar MOF

PIN SIJIL DIGITAL ePEROLEHAN MOF

Pin sijil digital ePerolehan MOF ini ditetapkan semasa anda pertama kali mendaftar. Pin ini anda perlu ingat atau simpan di tempat yang anda boleh akses dikemudian hari. Pin ini berfungsi sebagai ganti kepada username. Selain itu, anda juga perlu memastikan anda ingat jawapan keselamatan anda. Kedua-dua maklumat ini diperlukan semasa proses pengesahan identiti

PERBEZAAN SIJIL MOF dan SIJIL DIGITAL ePEROLEHAN

SIJIL MOFSIJIL DIGITAL ePEROLEHAN
Merujuk kepada pendaftaran sebagai pembekal MOFMerujuk kepada pengesahan identiti sebagai pembekal MOF
Digunakan untuk mengakses sistem ePerolehanDigunakan untuk mengesahkan penyertaan tender didalam sistem ePerolehan
Terdapat sijil secara fizikal
Tidak terdapat sijil fizikal. Ianya wujud sebagai nombor pin dan frasa keselamatan

PEMBAHARUAN SIJIL DIGITAL ePEROLEHAN MOF TAMAT TEMPOH

Bagi setiap permohonan sijil digital ePerolehan ianya akan sah selama 3 tahun. Anda perlulah memperbaharui sijil digital ePerolehan dengan memohon semula melalui sistem ePerolehan Malaysia dalam tempoh 3 bulan sebelum tamat tempoh

CARA DAFTAR SIJIL DIGITAL ePEROLEHAN MOF

  • Anda perlulah terlebih dahulu mempunyai akses kepada ePerolehan
  • Pendaftaran sijil digital MOF perlulah dilakukan oleh pentadbir ePerolehan
  • Pentadbir perlulah mempunyai satu (1) akaun emel yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital.
  • Pentadbir pembekal perlu menyediakan dokumen berkaitan maklumat diri iaitu satu salinan kad pengenalan pentadbir
  • Pentadbir juga hendaklah mengemukakan dokumen sokongan seperti satu surat rasmi yang mengandungi maklumat peribadi pentadbir dan juga maklumat pendaftaran syarikat.
  • Kesemua maklumat ini perlu dimuat naik didalam sistem ePerolehan
  • Selepas penghantaran maklumat, kelulusan dianggarkan dalam 7-14 hari bekerja

Bacaan lanjut: Promosi Daftar Sdn Bhd

KESIMPULAN

Sekiranya anda ingin menyertai tender dengan Kerajaan Malaysia, anda perlulah cara daftar MOF seperti yang kami terangkan diatas. Jika anda memerlukan bantuan, kami juga menyediakan servis daftar lesen MOF untuk anda. Jadi anda lebih jimat masa dan boleh fokus kepada bisnes anda. Anda boleh serahkan kepada kami yang mempunyai pengalaman luas dalam pendaftaran MOF. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

sijil digital eperolehan MOF