SOALAN LAZIM FAQ DAFTAR SSM SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)

Sdn bhd adalah entiti popular untuk didaftarkan. Ramai yang ingin tahu cara daftar SSM syarikat sdn bhd online. Artikel ini akan menerangkan 11 soalan lazim berkaitan dengan register syarikat sdn bhd SSM

1.KENAPA PERLU DAFTAR SSM SYARIKAT SDN BHD?

Sekiranya anda menjalankan sebarang bisnes, adalah wajib untuk mendaftar dengan SSM. Adalah kesalahan jika anda berniaga tanpa daftar SSM. Anda boleh dikenakan penalti jika tidak mendaftar.Terdapat beberapa jenis entiti yang boleh daftar SSM seperti ada pemilikan tunggal enterprise, perkongsian, syarikat sdn bhd atau LLP. Adalah penting untuk menstrukturkan perniagaan anda dengan berkesan berdasarkan strategi bisnes anda.

2.APAKAH SYARAT DAFTAR SSM SYARIKAT SDN BHD?

Anda boleh daftar SSM syarikat Sdn Bhd jika anda mempunyai minima seoarang pengarah dan seorang pemegang saham. Anda juga perlu mempunyai modal berbayar minima RM1 dan mempunyai seorang setiausaha syarikat bagi syarikat sdn bhd anda. Anda juga perlulah mempunyai alamat berdaftar di Malaysia.

3.APAKAH DOKUMEN DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM?

Ada beberapa dokumen penting yang anda perlu sediakan untuk daftar SSM syarikat sdn bhd. Dokumen daftar sdn bhd yang paling utama adalah maklumat berkenaan dengan syarikat sdn bhd seperti cadangan nama syarikat, senarai pengarah, senarai pemegang saham, alamat berdaftar dan nilai modal berbayar. Anda juga perlu menyediakan salinan kad pengenalan bagi pengarah dan pemegang saham. Sekiranya nama syarikat anda memerlukan kelulusan, anda perlulah menyerahkan bukti kelulusan tersebut.

Bacaan Lanjut: Cara Daftar MOF

4.ADAKAH WAJIB PENGALAMAN BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM?

Tiada pengalaman wajib untuk buka syarikat Sdn Bhd, tetapi anda perlu tahu dengan untuk syarat pematuhan sdn bhd dibawah Akta Syarikat 2016. Tetapi anda tidak perlu risau. Setiausaha syarikat anda akan membatu anda untuk memastikan pematuhan sdn bhd ini.

5.BERAPA MODAL SYARIKAT SDN BHD SSM?

Modal untuk buka syarikat sdn bhd adalah RM1498. Tiada kos tambahan sehingga anda mendapat sijil daftar sdn bhd dari SSM. Anda boleh klik PROMOSI DAFTAR SDN BHD RM 1498 untuk maklumat lanjut.

daftar ssm syarikat sdn bhd ssm

6.BOLEHKAH DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SECARA ONLINE?

Anda boleh daftar sdn bhd secara online. Untuk buka syarikat sdn bhd anda boleh lakukan di portal SSM. Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh hubungi kami untuk bantuan daftar sdn bhd.

7.APAKAH TUGAS SETIAUSAHA SYARIKAT?

Seksyen 236(1) Akta Syarikat 2016 mewajibkan syarikat melantik Setiausaha Syarikat yang berkelayakan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemerbadanan. Setiausaha Syarikat adalah pakar tentang segala hal berkenaan dengan Akta Syarikat 2016. Tugas setiausaha syarikat termasuk menasihati pengarah mengenai tadbir urus syarikat sdn bhd dibawah Akta Syarikat, memantau perubahan perundangan, menguruskan dokumen berkanun, menfailkan serahsimpan tahunan dan mewakili syarikat ketika berurusan dengan SSM.

8.APAKAH KELEBIHAN DAFTAR SDN BHD VS ENTERPRISE?

Antara kelebihan utama daftar sdn bhd berbanding enterprise adalah liabiliti terhad, lebih kredibiliti, boleh bertukar milik melalui penjualan saham, potensi perkembangan yang lebih luas,boleh diwarisi dan kadar cukai yang lebih rendah berbanding enterprise

Bacaan lanjut: Ciri-ciri enterprise

9.APAKAH KEKURANGAN PERNIAGAAN ENTERPRISE?

Perniagaan enterprise adalah suatu bentuk perniagaan permulaan. Tetapi untuk pergi lebih jauh, anda perlu upgrade ke Sdn Bhd. Antara kekurangan enterprise milikan tunggal adalah liabiliti tidak terhad, tiada penjualan saham, tidak boleh diwarisi dan kdar cukai yang lebih tinggi bagi keuntungan.

10.BILA PERLU UPGRADE SDN BHD DARI ENTERPRISE?

Anda sesuai untuk upgrade ke Sdn Bhd jika perniagaan anda telah beroperasi lebih dari 2 tahun dan mempunyai keuntungan lebih dari RM10,000 sebulan atau RM100,000 setahun. Ini adalah anggaran pertukaran yang sesuai kerana tiada syarat dikenakan untuk upgrade ke sdn bhd. Anda boleh tukar ke sdn bhd pada bila-bila masa.

11.APAKAH PANDUAN NAMA SYARIKAT SDN BHD SSM?

Secara asas nama syarikat yang dicadangkan oleh anda idak boleh menyerupai nama syarikat sdn bhd lain yang telah didaftarkan. Selain itu, terdapat beberapa syarat lain seperti tidak mengandungi bahasa yang boleh dianggap menghina atau tidak senonoh, tidak boleh menjadi akronim yang boleh dikelirukan dengan agensi kerajaan dan tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan kaitan dengan insitusi diraja Malaysia, badan persekutuan, atau antarabangsa