Bisnes yang diuruskan dengan tertib termasuklah dari aspek dokumen seterusnya simpan kira dan declare cukai yang membawa kepada pembayaran cukai, mampu mengkayakan pemilik.
Segala perihal dokumen bisnes perlu di uruskan agar pernigaan yang di uruskan membayar cukai pada tahap yang optimum bersesuian dengan motif dan objektif syarikat. Pihak agensi kewangan rata-rata meluluskan pembiayaan sekiranya perniagaan membayar cukai berbanding dengan perniagaan yang tidak menguruskan hal percukaian dengan baik.
Ramai usahawan yang membuat pelarian cukai yang akhirnya membawa kepada kes tuntutan dan saman oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kadangkala membawa kepada tahap muflis pada peniaga berkenaan.