Contents
- PENGENALAN MARA
- SKOP LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
- LANGKAH MEMOHON LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
- DOKUMEN PERMOHONAN LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
- SYARAT LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA (ASAS)
- NILAI PINJAMAN LOAN PERNIAGAAN MARA
- TEMPOH MASA PEMBAYARAN LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
- TEMPOH MASA KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
- 5 TIPS LULUS SYARAT LOAN PINJAMAN MARA
- RANCANGAN PERNIAGAAN PINJAMAN MARA
- MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PINJAMAN MARA
PENGENALAN MARA
Pastinya ramai yang ingin tahu cara untuk lulus loan pinjaman perniagaan MARA. Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.
MARA mempunyai kewajipan untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar Malaysia.
SKOP LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
Pembiayaan MARA biasanya antara lain bertujuan membolehkan usahawan membeli aset tetap, menambah modal kerja dan menampung belanja pengurusan.
Pembiayaan menerusi pinjaman perniagaan MARA ini juga dapat digunakan oleh usahawan untuk membeli bahan mentah, bahan separuh siap, bahan siap dan peralatan alat ganti, iaitu bergantung pada keperluan dan kesesuaian perniagaan masing-masing.
Sebahagian besar pembiayaan MARA ialah berdasarkan konsep al-Murabahah.
LANGKAH MEMOHON LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
Pihak MARA melalui program transformasi digitalisasi hanya menerima permohonan pinjaman perniagaan MARA secara online. Berikut adalah langkah untuk mendaftar pinjaman perniagaan MARA online:
- Layarai laman web rasmi MARA di sini: MARA
- Jika anda belum ada akaun, sila buat pendaftaran terlebih dahulu di sini: DAFTAR MARA
- Masukkan Nama
- No Kad Pengenalan
- Masukkan Alamat Email
- Masukkan Kata Laluan
- Sahkan Kata Laluan sekali lagi
- Tekan Daftar Akaun
- Selesai daftar akaun, anda boleh cuba login
- Isikan Alamat Email
- Isikan Kata Laluan
- Tekan Log Masuk
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap
*Anda juga boleh pergi pejabat cawangan MARA yang berhampiran bagi mendapat bantuan cara mendaftar
DOKUMEN PERMOHONAN LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
Dokumen yand diperlukan bagi pinjaman MARA adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
- Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
- Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
- Dokumen tambahan (jika berkenaan)
*Dokumen pinjaman MARA adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman MARA. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori
SYARAT LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA (ASAS)
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18-40 tahun
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
*Syarat pinjaman MARA adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman MARA. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori
NILAI PINJAMAN LOAN PERNIAGAAN MARA
Ada beberapa skim pinjaman perniagaan di MARA yang boleh dan sesuai dipohon usahawan.
Secara asasnya, terdapat tiga jenis pembiayaan perniagaan:
- Pembiayaan Kontrak
- Pembiayaan Am (Pinjaman bawah RM500,000)
- Pembiayaan Am (Pinjaman dari RM500,000 ke RM5 juta)
Permbiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan skim pembiayaan serendah RM 10,000 sehingga RM 5 Juta.
*Nilai pinjaman MARA adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman MARA. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori
TEMPOH MASA PEMBAYARAN LOAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
Tempoh pembiayaan adalah dari 6 bulan sehingga 120 bulan (10 tahun).
*Tempoh pinjaman MARA adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman MARA. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori
TEMPOH MASA KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA
7-14 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima.
5 TIPS LULUS SYARAT LOAN PINJAMAN MARA
Tips yang adalah berdasarkan pandangan penulis dan bukan merupakan maklumat dari MARA. Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan MARA dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan terhadap tips yang diberikan. Tips yang diberikan bertujuan ikhlas membantu para usahawan dalam mendapatkan bantuan kewangan tanpa sebarang balasan.
TIPS LULUS LOAN BISNES MARA 1: Berdaftar dengan SSM
- Pastikan anda berdaftar dengan SSM. Anda boleh mendaftar sebagai enterprise atau sdn bhd.
- Sdn Bhd merupakan entiti SSM yang dipercayai. Daftar sdn bhd dengan harga promosi RM1498 di link berikut: Daftar Sdn Bhd RM1498
- Anda boleh mendaftar enterprise melalui artikel berikut: Daftar Enterprise Online
TIPS LULUS LOAN BISNES MARA 2: Mempunyai Premis
- Sebaiknya, pastikan ada mempunyai premis khas untuk berniaga. Ini akan menunjukkan yang ada serius berniaga dan tidak hanya membuat pinjaman untuk mendapatkan duit
TIPS LULUS LOAN BISNES MARA 3: Aliran tunai yang bagus
- Pastikan aliran keluar masuk duit perniagaan dimasukkan kedalam bank. Ini akan menjadi rekod keupayaan anda untuk membayar kembali pinjaman MARA anda.
TIPS LULUS LOAN BISNES MARA 4: Rekod Pembayaran Yang Baik
- Pastikan anda mempunyai track record pembayaran lain yang baik. Ini selalunya dapat dilihat melalui rekod CCRIS dan CTOS anda. Sekiranya anda ada rekod yang buruk, permohonan pinjaman anda mungkin ditolak
TIPS LULUS LOAN BISNES MARA 5: Tidak Blacklist
- Pastikan anda tidak berdepan tidak berdepan dengan tindakan undang-undang ataupun telah diblacklist oleh bank. Selain rekod kewangan, anda juga mestilah mempunyai rekod peribadi yang bersih
Bacaan lanjut: Cara Daftar MOF
RANCANGAN PERNIAGAAN PINJAMAN MARA
Anda juga boleh meningkatkan peluang dengan mempunyai rancangan perniagaan. Rancangan Perniagaan (RP) merujuk kepada dokumen bertulis yang menerangkan secara penuh berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Ia turut dikenali sebagai pelan perniagaan, kertas kerja dan kertas projek. Dengan adanya rancangan perniagaan, pihak MARA dapat meneliti rancangan anda dan seterusnya berasa lebih yakin untuk memberikan pinjaman.
Bacaan lanjut: Rancangan Perniagaan
MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PINJAMAN MARA
Laman web utama: www.mara.gov.my
Nombor Telefon: 03-26132000
Waktu operasi: Isnin-Jumaat
9 pagi-5 petang